Wednesday, March 14, 2012

Rumah siap tapi kosong

Selepas 10 tahun menetap di sini, walaupun ada pertambahan penduduk tetapi masih banyak rumah-rumah kosong. Tanpa penghuni. Rumah kosong selalunya memberi ruang kepada remaja atau orang jahat untuk mencuri apa yang boleh dijual. Jual cermin tingkap. Jual sliding door. Jual besi pagar. Sehingga banyak rumah yang dah botak. Rumah jiran sebelahpun tidak berpenghuni dan dapat berjumpa sekali sahaja dalam masa 10 tahun. Jadi kena jagalah rumah itu. Boleh juga buat parkir kereta dan tanam pokok ubi kayu.

Sekarang ini sehingga bulan Mac 2012, banyak rumah kosong telah dilelong dengan harga RM40 ribu sahaja berbanding harga asal RM73 ribu. Memang untung sebab murah. Beberapa jiran ana dah duduk rumah yang dibeli dengan harga lelong tu. Tapi kalau nak beli, kena lihat dulu rumah tu. Masih ok ke atau banyak yang perlu diperbaiki. Kalau ada yang sanggup untuk membeli rumah yang telah dilelong dengan keadaan infrastruktur yang teruk, apa salahnya. Kalau ana ada duitpun, ana sanggup beli lagi satu. Itupun kalau ada duit...

3 comments:

  1. assalamualaikum cikgu hazli, saya berminat nak tahu cara nak beli rumah kat kawasan bukit beruntung, nak tgk kat mana ye> ade x sesapa yang tahu??

    ReplyDelete
  2. masuk saja kawasan bukit beruntung, banyak rumah telah dilekat dengan sticker untk dilelong. Ada phone number. Dinasihatkan utk beli rumah lelong kena datang tgk rumah yg hendak dibeli. kalau puas hati baru beli.

    ReplyDelete
  3. jika ada rumah yang hendak dijual pls inform kat blog ye..xnak lelong..tapi nak owner yg jual.. :) tq

    ReplyDelete