Wednesday, March 14, 2012

Rumah Kedai? Bila nak siap?

Pertambahan penduduk sebenarnya agak perlahan pada setiap tahun. Tetapi antara tahun 2009-2010 pertambahan agak ketara terutama jalan yang menghubungkan Bukit Beruntung dengan Rasa/Kuala Kubu Bharu telah dibuka. kenderaan bertali arus termasuklah lori yang membawa muatan yang boleh merosakkan jalan raya.

Kini, Tesco pula telah membina gudangnya di sebelah kiri lampu isyarat tol Bukit Beruntung. Majlis Daerah Hulu Selangor juga telah membina beberapa fasa rumah kedai yang berdekatan dengan tol. Ada yang telah memulakan perniagaan. Tapi masih banyak lagi yang kosong.

Namun begitu, perumahan di bahagian belakang Bukit Beruntung seperti taman Widuri, Kesumba dan kemboja masih mengharapkan berlaku perubahan terhadap rumah kedai yang masih terbengkalai angkara pemaju terdahulu. Rumah kedai yang dibina 11 tahun lalu dah hitam dan usang. Entah bila nak siap, Allah saja yang mengetahui. Lain-lain rumah kedai yang tak siap menjadi semakin tak siap kerana banyak tingkap dan pintu kedai tersebut telah hilang dan mungkin dijual. 

No comments:

Post a Comment