Sunday, July 24, 2011

Penduduk Dah Bertambah?

Pertambahan penduduk sebenarnya agak perlahan pada setiap tahun. Tetapi antara tahun 2009-2010 pertambahan agak ketara terutama jalan yang menghubungkan Bukit Beruntung dengan Rasa/Kuala Kubu Bharu telah dibuka. Kenderaan bertali arus termasuklah lori yang membawa muatan yang boleh merosakkan jalan raya. Sebab itu, jalan di sepanjang Bukit Beruntung sering saja rosak dan diturap teruatama bahagian yang rosak saja.

Kini, Tesco pula telah membina gudangnya di sebelah kiri lampu isyarat tol Bukit Beruntung. Selain itu, pasaraya Tesco juga telah beroperasi. Majlis Daerah Hulu Selangor juga sedang membina beberapa fasa rumah kedai yang berdekatan dengan tol dan kini hampir siap.

Namun begitu, perumahan di bahagian belakang Bukit Beruntung seperti taman Widuri, Kesumba dan kemboja masih mengharapkan berlaku perubahan terhadap rumah kedai yang masih terbengkalai angkara pemaju terdahulu. 

Thursday, July 7, 2011

Laluan baru di Sungai buaya?

Projek ni masih baru dan belum lagi dimulakan. Semasa pilihanraya kecil hulu selangor projek baru ni ada diuarkan. Dan pada bulan jun yang lalu nampak ada sinar penduduk di Sungai Buaya untuk dapat exit terus ke highway tanpa melalui tol Bukit Beruntung. Sinar yang ana maksudkan ialah telah ada signboard di tepi highway dekat Bukit Beruntung bahawa projek untuk membuat exit akan bermula. Jangkaan siap 2013. Ambil masa lebih kurang dua tahun. Bagi ana, projek tu bagus. Jimatkan masa penduduk sungai buaya kalau nak ke Kuala Lumpur. Tapi kalau kata 2013 akan siap, kena siapkanlah. Jangan pulak ditangguh-tangguh. Ana memang tak suka tangguh kerja.....


 

Tuesday, June 28, 2011

Jalan dah lebar

Kalau anda ke taman widuri dan ingin ke Rasa anda dapati dah ada projek untuk siapkan jalan sepanjang 2km. Sebenarnya dah lama tunggu. Lebih kurang 10 tahun. Sepatutnya jalan tersebut perlu disiapkan pada bulan Mei. Tapi kini dah nak masuk Julai. Dah Lewat 2 bulan. Yang agak menggembirakan ialah projek tersebut masih berjalan dengan lancar. Bimbang juga dah nak siap....lat-lat terbengkalai pulak.. Mudah-mudahan tidak...






 

Monday, June 27, 2011

Dah berubah?

Pertambahan penduduk sebenarnya agak perlahan pada setiap tahun. Tetapi antara tahun 2009-2010 pertambahan agak ketara terutama jalan yang menghubungkan Bukit Beruntung dengan Rasa/Kuala Kubu Bharu telah dibuka. Kenderaan bertali arus termasuklah lori yang membawa muatan yang boleh merosakkan jalan raya.

Kini, Tesco pula telah membina gudangnya di sebelah kiri lampu isyarat tol Bukit Beruntung. Majlis Daerah Hulu Selangor juga sedang membina beberapa fasa rumah kedai yang berdekatan dengan tol.

Namun begitu, perumahan di bahagian belakang Bukit Beruntung seperti taman Widuri, Kesumba dan kemboja masih mengharapkan berlaku perubahan terhadap rumah kedai yang masih terbengkalai angkara pemaju terdahulu. 

Saturday, June 25, 2011

LOKASI

Bukit Beruntung sebenarnya terletak dalam negeri Selangor iaitu dalam daerah Hulu Selangor. Dari Kuala Lumpur menghala ke utara, bolehlah keluar melalui tol Bukit Beruntung. Jika belok ke kanan selepas tol, nak ke Bukit Beruntung fasa yang lebih awal dan juga nak pergi ke Taman Bunga Raya Emkays. Di situ juga ada kawasan main golf dan kolam renang. Jika belok ke kiri, bolehlah shopping di Bukit Sentosa dan jika ingin ke Rasa, anda dapat menemui beberapa perumahan hinggalah perumahan terakhir iaitu Taman Widuri. Jika terus lagi, akan sampai ke Rasa dan boleh keluar untuk jalan lama Ipoh-KL. Tol hanya RM5.60 saja dari Jalan Duta. Kalau nak jimat, gunalah jalan lama hingga simpang Sungai Choh. Lepastu belok dan teruskan perjalanan hingga ke Bukit Beruntung.

Luas ke Bukit Beruntungni? Tentulah luas. Jika tidak masakan matlamat awal nak jadikan 2nd P. Jaya. Hebatkan Bukit Beruntung.....
Sila datang....

SEPULUH TAHUN LALU

Bukit Beruntung? Suasana kehidupan bandar? Petaling Jaya 2? Betulke? Ghairah dengan promosi dan tawaran pemaju? Beli rumah juga akhirnya. Selama 10 tahun tinggal di sini, barulah dapat dibuat perubahan dan perbandingan. Dulu, 2001 ambil masa 7 minit untuk sampai ke tol Bukit Beruntung. Lengang apatah lagi pada waktu pagi ketika nak pergi kerja.Malam sunyi macam bandar mati sebab ana duduk di taman yang paling hujung Bukit Beruntung. 

Banyak yang belum lengkap. Stesen bas tiada, masjid belum dibina, jalan raya tidak lengkap, Grand Union belum muncul, rumah banyak kosong, kedai makan di Pekan Sentosa saja, rumah kedai baru tetapi kosong dan tidak siap. Yang siap adalah rumah yang dibeli.

Kini banyak yang berubah. Paling ketara bila nak ke tol, paling tidak 15 minit. Puncanya masyarakat dah bertambah. Keretapun bertambah, motosikal pun bertambah. Pekerja asing seperti Nepal, Vietnam dan Bangladesh turut bertambah.