Saturday, June 25, 2011

LOKASI

Bukit Beruntung sebenarnya terletak dalam negeri Selangor iaitu dalam daerah Hulu Selangor. Dari Kuala Lumpur menghala ke utara, bolehlah keluar melalui tol Bukit Beruntung. Jika belok ke kanan selepas tol, nak ke Bukit Beruntung fasa yang lebih awal dan juga nak pergi ke Taman Bunga Raya Emkays. Di situ juga ada kawasan main golf dan kolam renang. Jika belok ke kiri, bolehlah shopping di Bukit Sentosa dan jika ingin ke Rasa, anda dapat menemui beberapa perumahan hinggalah perumahan terakhir iaitu Taman Widuri. Jika terus lagi, akan sampai ke Rasa dan boleh keluar untuk jalan lama Ipoh-KL. Tol hanya RM5.60 saja dari Jalan Duta. Kalau nak jimat, gunalah jalan lama hingga simpang Sungai Choh. Lepastu belok dan teruskan perjalanan hingga ke Bukit Beruntung.

Luas ke Bukit Beruntungni? Tentulah luas. Jika tidak masakan matlamat awal nak jadikan 2nd P. Jaya. Hebatkan Bukit Beruntung.....
Sila datang....

No comments:

Post a Comment