Sunday, July 24, 2011

Penduduk Dah Bertambah?

Pertambahan penduduk sebenarnya agak perlahan pada setiap tahun. Tetapi antara tahun 2009-2010 pertambahan agak ketara terutama jalan yang menghubungkan Bukit Beruntung dengan Rasa/Kuala Kubu Bharu telah dibuka. Kenderaan bertali arus termasuklah lori yang membawa muatan yang boleh merosakkan jalan raya. Sebab itu, jalan di sepanjang Bukit Beruntung sering saja rosak dan diturap teruatama bahagian yang rosak saja.

Kini, Tesco pula telah membina gudangnya di sebelah kiri lampu isyarat tol Bukit Beruntung. Selain itu, pasaraya Tesco juga telah beroperasi. Majlis Daerah Hulu Selangor juga sedang membina beberapa fasa rumah kedai yang berdekatan dengan tol dan kini hampir siap.

Namun begitu, perumahan di bahagian belakang Bukit Beruntung seperti taman Widuri, Kesumba dan kemboja masih mengharapkan berlaku perubahan terhadap rumah kedai yang masih terbengkalai angkara pemaju terdahulu. 

Thursday, July 7, 2011

Laluan baru di Sungai buaya?

Projek ni masih baru dan belum lagi dimulakan. Semasa pilihanraya kecil hulu selangor projek baru ni ada diuarkan. Dan pada bulan jun yang lalu nampak ada sinar penduduk di Sungai Buaya untuk dapat exit terus ke highway tanpa melalui tol Bukit Beruntung. Sinar yang ana maksudkan ialah telah ada signboard di tepi highway dekat Bukit Beruntung bahawa projek untuk membuat exit akan bermula. Jangkaan siap 2013. Ambil masa lebih kurang dua tahun. Bagi ana, projek tu bagus. Jimatkan masa penduduk sungai buaya kalau nak ke Kuala Lumpur. Tapi kalau kata 2013 akan siap, kena siapkanlah. Jangan pulak ditangguh-tangguh. Ana memang tak suka tangguh kerja.....