Wednesday, March 14, 2012

Jalan Bertampal-tampal

Boleh dikatakan jalan raya di sini agak kurang memuaskan. Tidak rata, berlubang, kemudian turap, berlubang lagi. Apa yang berlaku ialah keadaan jalan utama di taman widuri sangat teruk dengan lubang-lubang yang boleh membahayakan keselamatan terutama penunggang motosikal. Puncanya disebabkan oleh kenderaan berat yang melalui jalan tersebut antara Kuala kubu ke Bukit Beruntung atau menghala ke tol bukit beruntung. Kenderaan berat itu sepatutnya tidak boleh melalui jalan tersebut kerana jalan yang dibina tidak sesuai dilalui. Ada kenderaan berat yang menggunakan jalan tersebut sampai kereta sukar hendak memotong. Tetapi siapa yang patut menahan kenderaan tersebut? 

No comments:

Post a Comment